Khamis 24/12/09.Khamis malam Jumaat,Ayah n Mama jumpa Wak Kamari(SabakAgro) nak settle sewa tanah Sg Lias tu.Lokasi nyer kat Medina Restoran sebelah Pasaraya Billion pada kul 10.00 malam.
1.Komfom dia nak keluar sampai hujun bulan Januari-2010.
2.Dia nak tolak bangunan dan jambatan besi tu pada harga RM 36,000.00 utk langsaikan hutang sewaan tanah selama(berbaki) 2 tahun lebih.Dia punya investment pada jambatan=RM18,000 dan Bangunan=RM60,000 ++.Jadi dia tolak pada separuh harga nilai aset kedua2 nyer.
3.Walaupun ayah hanya berminat dengan jambatan sahaja,tapi bangunan yg baru dia buat tu boleh digunakan utk menaikkan harga sewaan.Kalau ayah tak ambik bangunan tu,Wak Kamari nak robohkan bangunan tu.Jadi tak de sapa2 pun yang MENANG.Sekadar lepaskan geram jer...
4.Mama kecewa kerana tak dapat RM "CASH",sebaliknyer hanya dapat aset sahaja.Lagipun SabakAgro memang tak mampu nak bayar.Kalau tunggu pun,sempat berjanggut nak menuntut "hutang"..!!Tambah naik darah jer....
Jumaat 25/12/09.Berjumpa dengan bakal penyewa,Zul-bekas staff SabakAgro yang bersunguh2 nak menyewa tapak tu.Dia sanggup nak menyewa tapak tu dengan tanpa bantahan dan rayuan utk megurangkan kadar sewa(pada keluasan 1/2 ekar).Lagipun kadar sewa sekitar situ sebenarnya lebih tingi dari yang ayah letakkan.Tambahan penyewa hanya cuci kaki masuk tanpa perlu membuat apa2 investment tambahan.Lebih2 lagi api,air dan telefon dah tersedia ada.Zul nak sambung konsep niaga SabakAgro-Nursery+Peralatan Pertanian+Baja dll.
Walaupun nampaknyer berminat nak menyewa baki tanah kt belakang tu,tapi ayah tolak dan nasihatkan buat utk 1/2 ekar dulu.Kalau betul2 dah maju dan boleh berkembang,barulah ayah boleh sewakan tanah yang kat belakang tu.Jangan jadi macam SabakAgro pulak nanti.Bagi tanah luas2 pun sewa tak mampu bayar.(sebenarnya bukan tak mampu bayar...tapi dia abaikan tuan tanah punya duit sewa..!!)
Calon penyewa lagi sorang,tak angkat HP dan balas SMS ayah.....kira tak berminat lah tu....!!??
Minggu depan balik kampung lagi hantar Ayong ke Asrama,boleh sambung diskas ngan Zul dan partner nyer.Bolehlah diskas dengan detail tentang kadar sewa dan lain2 nyer.
To be continued....